PONTIAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata hal itu membabitkan pembesaran jalan dari simpang tiga Ayer Baloi hingga Sedenak, simpang empat Benut ke tol Simpang Renggam dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian ke Tampok.
Beliau berkata KKR telah membuat permohonan berhubung kerja naik taraf itu kepada Kementerian Kewangan dalam 'rolling plan' kelima sebagai antara projek keutamaan tambahan peringkat negeri Johor.
"Tiga jalan itu akan mengubah landskap tiga kawasan Kulai, Simpang Renggam (Kluang) dan juga Pontian...kemudahan itu bukan hanya untuk kami di Pontian tetapi untuk Simpang Renggam dan juga Kulai," katanya kepada pemberita selapas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata keputusan kerajaan untuk memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang bertujuan menjaga kebajikan rakyat kawasan Parlimen terbabit.
"Tetapi sekadar ingin memaklumkan, pada ketika kami menjadi pembangkang selama 22 bulan, kami cuma diberi RM100,000. Kalau mereka (pembangkang) dapat RM100,000 juga boleh.
"Itu saya hendak maklumkan apa yang berlaku kepada kami, dapat juga (peruntukan) bukan tidak dapat," kata Ahli Parlimen Pontian itu.
Beliau berkata rakyat dan pengundi di setiap kawasan Parlimen tetap dilindungi dan tidak pernah dikecualikan daripada menerima sumbangan daripada kerajaan.
"Bukan kerajaan mengetepikan mereka sebagai Ahli Parlimen tapi kawasan mereka tetap dilindungi. Semua pengundi di kawasan mereka dapat sumbangan seperti Tunai Rahmah," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Ahmad berkata, KKR telah membuat permohonan berhubung kerja naik taraf itu kepada Kementerian Kewangan dalam 'rolling plan' kelima sebagai antara projek keutamaan tambahan peringkat negeri Johor. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Kontraktor perlu ambil peluang raih projek pembinaan bernilai RM180 bilion tahun ini
Kontraktor harus mengambil peluang untuk memperoleh pelbagai projek pembinaan dalam negara yang bernilai kira-kira RM180 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.
Aidilfitri: Kerja selenggara libat penutupan lorong dihentikan sementara - Alexander
Semua kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April ini, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.